Tuesday, March 27, 2012

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA

(Dipetik dari tulisan yang di baca di internet)..

1.  Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.  Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3.  Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

4.  Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

5.  Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.   Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.  Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.  Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9.  Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.  Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Sila baca lagi artikel imam as-syahid hassan al-banna.

Thursday, June 23, 2011

MENJADI USAHAWAN (USAHA SENDIRI CARI MAKAN)

Saya sebenarnya tidak merancang untuk bekerja sendiri, apatah lagi membuka syarikat seperti sekarang (walaupun kecil sahaja). Pengalaman berniaga saya hanya setakat membantu bapa berniaga kedai runcit semasa masih bersekolah dahulu (itu pun untuk lebih kurang dua tahun je. Kedai ditutup kerana tidak berdaya maju).

Tuesday, May 10, 2011

HARTA KEGUNAAN RAMAI

Beberapa bulan lalu semasa hendak bersolat di sebuah masjid, jemaah dikejutkan dengan kehilangan beberpa kepala paip di tempat mengambil wuduk. Ia berlaku pada waktu sebelum solat 'Asar, dan difahamkan pada waktu Zuhur ia masih ada lagi. Masjid tersebut pula terletak begitu hampir dengan gate untuk masuk ke satu kem tentera yang sentiasa ada pengawal bertugas.

Sunday, May 08, 2011

KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (4)

Salah satu jawatan saya semasa bertugas di KDM, ialah sebagai Pegawai Kanan Hidrografi. Antara tugasnya ialah merancang pelaksanaan tugas-tugas pengukuran yang telah di pertanggunjawabkan kepada kapal untuk dilaksanakan. Survei terbesar yang saya masih ingat ialah pengukuruan Sungai Perak dari muaranya berhampiran Bagan Datuh (BD) sehinggalah ke Teluk Intan (TI). Lebih kurang 56 km panjangnya. Pengukuran ini mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk diselesaikan.

Saturday, May 07, 2011

KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (3)

Ada ketikanya saya merasa agak kecil hati juga bila ada orang bertanya balik bila diberitahu apa pekerjaan saya. Hidrografi? Apa tu? Kekadang tu ada juga keinginan untuk memberitahu, tolong buat rujukan sendiri boleh tak? Tapi takdelah lagi sampai hati untuk berkata demikian.